Laku Sampai 1000 Ekor, Ikan Siap Dijual Dengan Harga 90 Sen Licin Dalam Masa Sejam!
Ikan siakap kot, memang ramai serbu!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sempena pembukaan 'Ikang Flyover' cawangan keempat di Kuala Ibai, pemilik kedai, Sauffian Sauji telah menawarkan ikan siakap pada harga 90 sen sahaja
Menerusi laporan Berita Harian, difahamkan kesemua 1,000 ekor ikan siakap seberat 6,000kg habis terjual dalam tempoh sejam sahaja.
Menurut Sauffian, inisiatif itu diambil bukan semata-mata mahu mempromosikan kedainya tetapi mahu membantu masyarakat setempat selain beramal.
Selain 6,000kg ikan siakap dengan berat antara 300-400 gram seekor, pihaknya turut menawarkan pelbagai jenis ikan lain termasuk udang dan sotong yang dianggarkan seberat 30,000kg.
"Ikan siakap berharga 90 sen seekor dijual untuk 1,000 ekor yang pertama dengan setiap orang boleh membeli enam ekor sahaja dan selepas itu ia dijual dengan harga RM10 untuk tiga ekor.
"Sambutan memang menggalakkan apabila orang ramai sudah berada di kedai seawal jam 6 pagi walaupun kedai sepatutnya beroperasi jam 8 pagi dan kita berterima kasih serta terharu dengan sokongan diberikan," katanya.
Image via Ramlee Al Hussaini (Facebook)
Kebiasaannya dijual dengan harga RM5 sahaja
Sauffian berkata, bekalan ikan diperoleh dari seluruh negara dan ikan siakap itu biasanya dijual dengan dengan harga RM5 seekor pada hari biasa.
Tambahnya lagi, terdapat 30 pekerja bagi empat cawangan Ikan Flyover yang beroperasi di daerah Kuala Terengganu iaitu cawangan pertama di Tualang, Manir diikuti cawangan kedua di Seberang Baruh, cawangan ketiga di Gong Kiat dan keempat di Kuala Ibai.
"Kesemua cawangan ini kita akan buat jualan murah iaitu jualan mampu beli oleh semua golongan.
"Hasrat buat jualan murah ini sebab nak tolong orang disamping mahu mempromosikan cawangan baharu kita," katanya lagi.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kalau 90sen seekor ikan siakap ni bukan harga Rahmah, dah jadi Siti Nur Rahmah 😀
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik