SEISMIK

Lagi Kes Mat Salleh Ditahan Polis, Kali Ini Di Langkawi Minta Bayaran Saman Hanya RM100

Bayar on the spot ni tak boleh percaya.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular kes pelancong yang didakwa kena saman dengan polis trafik di lokasi kejadian

Seorang anggota polis trafik menyaman pasangan pelancong yang didakwa memandu melebihi had laju dengan bayaran wang tunai RM100 di lokasi kejadian berbanding bayaran di balai polis sebanyak RM300.

Begitupun, lagi kes yang tular di media sosial apabila pasangan pelancong Mat Salleh di Langkawi ini juga mengalami pengalaman yang sama pada bulan November lepas.

Image via null

Kena tahan sebab tak pakai helmet

Mat Salleh itu berkongsi pengalamannya melalui YouTube channel, Travel with Luke Damant. Ketika itu, dia dan teman wanitanya sedang menunggang motosikal di Langkawi.

Tiba-tiba dia ditahan oleh polis dan perlu berhenti di tepi jalan. Perbualan dia dan polis itu dapat didengar melalui rakamannya.

Dapat didengar polis itu bertanya asal negara Luke. Kemudian, dia meminta lesen motor dan menyaman Luke kerana tidak memakai helmet.

Namun apa yang lebih mengejutkan adalah apabila polis itu memberi diskaun RM100 jika dia boleh bayar di lokasi kejadian. Polis itu juga mengesahkan kesalahan itu sebenarnya boleh dikenakan denda sehingga RM300.

Apabila Luke bertanya sama ada dia boleh membayar denda kemudian, polis itu berkata dia perlu mengikutinya ke balai polis yang berjarak 10km untuk menyelesaikan denda tersebut.

Polis tersebut memberi pilihan sama ada Luke ingin mengikutinya ke balai polis atau selesaikan perkara tersebut di lokasi kejadian dengan membayar RM100.

Kesudahannya, dia membayar RM100 dan polis melepaskannya daripada ditahan.

"I'm surprised I kinda got away with it compared to other places where I've ridden motorbikes before like Bali…you just get away by chucking money at them. It works here, I guess." katanya.

Image via null

Lihat video penuh itu di bawah:

Hm, korang pernah kena macam ni tak?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: