Kuih Tak Nak Beri Kerjasama, Lelaki Stres Goreng Karipap – "Pusinglah Jangan Main-Main"
Ajak bergurau pula karipap tu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Negara kita kaya dengan pelbagai kuih-muih yang sedap dan mempunyai pelbagai variasi
Salah satunya ialah kuih karipap yang terkenal sebagai pastri lokal dan sesuai untuk dimakan semasa sarapan mahupun minum petang.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang lelaki sedang menggoreng karipap menghadapi masalah.
Menerusi video tersebut, lelaki itu dilihat mengeluh kerana karipap yang sedang digoreng tidak memberi kerjasama apabila bahagian yang sudah garing tetap pusing kembali ke bawah setelah diterbalikkan.
Image via @cazzrah (TikTok)
"Bang kena slow talk baru dia dengar" – Netizen
Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 939.5K views, 71.7K likes dan 2.4K shares.
Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.
Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @cazzrah (TikTok)
Image via @cazzrah (TikTok)
Image via @cazzrah (TikTok)
Lihat video tersebut di bawah:
Teringat brother masak cucur kamera tak boleh flip :')
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik