Khairul Aming Temankan Ibu Beli Emas, Tapi Ramai Pula Wanita Komen Nak Jadi Menantu
Difahamkan, Khairul Aming menghadiahkan ibu tersayangnya beberapa bentuk barangan kemas.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Selepas kejayaan mencipta sejarah mencatatkan angka jualan lebih RM1 juta dalam tempoh 3 minit 39 saat, pempengaruh media sosial, Khairul Aming kembali menjadi bualan ramai
Hal ini terjadi apabila rata-rata warganet melihat ibu beliau di dalam satu video di TikTok.
Video yang tular dikongsikan TikTok @kedaiemassriindah_ menunjukkan Khairul Aming bersama ibunya datang kedai berkenaan untuk membeli barangan kemas.
Difahamkan, Khairul Aming menghadiahkan ibu tersayangnya beberapa bentuk barangan kemas.
"Hey, whats upp gaiss … tk dapat dendeng berapi pon tkpo lah , dapat tgok founder dendeng berapi mari walk in di kedai pon jjaddii.. thankyouu @Khairulaming beli emas buat ibu tersayang..," tulis pemilik akaun TikTok itu.
Image via @kedaiemassriindah_ (TikTok)
Image via @kedaiemassriindah_ (TikTok)
"assalamualaikum..mak sihat? ni baru balik dari surau ni..pstu beli bahan dapo nak masak sat gii" – Netizen
Ketika artikel ini ditulis video tersebut telah pun meraih lebih 1.1 juta tontonan, 52.6 ribu tanda suka dan 2,314 di TikTok.
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen video berkenaan, rata-rata netizen dalam kalangan wanita cuba memberi 'pickup line' bagi menarik perhatian dan mencuba nasib untuk menjadi menantu kepada ibu Khairul Aming.
"Tak dapat beli Dendeng Nyet Berapi tak apa, janji dapat jadi menantu Ma," itu antara komen-komen yang dikongsikan oleh golongan wanita selepas menonton video tersebut.
Tonton video penuh itu di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik