Keluarga Perancis Ini Puji Gula Sagu Melaka "Sedap" Selepas Mencubanya Buat Pertama Kali
Makanan Malaysia memang sedap.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Siapa sahaja tidak menyukai makanan tradisional di Malaysia bukan?
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok, memaparkan sebuah keluarga di Perancis penuh bersemangat untuk mencuba pencuci mulut terkenal dari Malaysia, Sagu Gula Melaka.
Menerusi video tersebut, seorang wanita Malaysia berusaha memperkenalkan hidangan tradisional itu dengan menyajikan sagu dalam mangkuk dan menuangkan susu atau santan serta gula Melaka.
Selepas wanita itu selesai menyediakan sagu Gula Melaka, seorang lelaki Perancis dengan tulus mengucapkan terima kasih dalam bahasa Melayu.
Tanpa berlengah, lelaki tersebut dengan gembira menikmati pencuci mulut tersebut wajahnya terlihat ceria ketika menikmatinya.
Image via @malay_frenchie_explorer (TikTok)
Mereka puji bahawa rasanya sedap
Selepas menikmati pencuci mulut itu, dia memuji rasanya yang lazat, dan pandangan tersebut disokong oleh seorang lelaki yang juga berbaju hitam dan duduk di meja yang sama.
Lebih menarik lagi, lelaki berbaju hitam itu meminta wanita tersebut untuk menyediakan satu lagi hidangan sagu gula Melaka selepas merasakan kelezatan pencuci mulut tersebut.
"Azah, satu lagi, satu lagi," katanya.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kena cuba makanan lain pula ni, sekali rasa mesti nak lagi :p
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik