Kantin Sekolah Ini Nampak Bersih & Menu Menyelerakan. Dah Macam Dekat Kafe!
Terliur la pula.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Zaman persekolahan kerap diingati melalui menu di kantin sekolah
Baru-baru ini, tular di platform X, yang memaparkan menu-menu yang dijual di sebuah sekolah.
Menerusi akaun @arfdy12, menu yang dikongsikan dalam gambar tersebut membuat warganet teruja melihat makanan yang dijual.
Hal ini kerana, makanan di kantin sekolah sekarang lebih menarik dan lazat berbanding dengan masa zaman persekolahan dahulu.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah pelbagai jenis minuman baru seperti air jus mangga kini turut dijual di kantin-kantin sekolah.
"Wow! Not bad makanan kantin sekolah ni! Siap ada serve air buah lagi. Zaman sekolah dulu kantin punya makanan dah macam makanan penjara," tulis pengguna berkenaan di kapsyen.
Image via @arfdy12 (X)
Dijual dengan harga mampu milik
Berdasarkan info asal yang dikongsi oleh pengusaha kantin, menu-menu ini tersedia di Sekolah Menengah Tunku Sulong Jeniang, Kedah.
Tambahan lagi, menerusi komen balas dari warganet,harga makanan tersebut juga dikatakan berpatutan dengan pelajar sekolah, kira-kira antara RM3 hingga RM4.
Lihat posting di bawah:
Dekat ni dengan rumah admin boleh nak pergi makan :p
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik