Kanak-Kanak Perempuan Bukan Beragama Islam Hafal Surah Al-Fatihah Raih Perhatian Warganet
Hebat la.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Surah Al-Fatihah sering diamalkan oleh individu Muslim sebagai satu amalan penting dalam kehidupan harian
Namun siapa sangka, terdapat beberapa individu dari latar belakang budaya dan agama yang berlainan yang juga menghafal Surah Al-Fatihah.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok, seorang kanak-kanak perempuan berbangsa India yang lancar membaca Surah Al-Fatihah.
Ibu kanak-kanak itu meminta dia membaca surah itu untuk teman-teman Muslimnya.
Hal ini dapat menunjukkan kepelbagaian dan keindahan hubungan antara budaya dan agama.
"Rashmika, saya nak awak 'nyanyi' doa untuk kawan muslim kita," kata ibu Rashmika.
Rashmika dengan penuh yakin membacakan Surah Al-Fatihah dengan lancar. Keistimewaan dalam bacaannya adalah irama yang menarik dan mengalun melodinya.
Image via @dhacaayani79 (TikTok)
Menurut Rashmika, dia mendengar surah itu setiap hari di sekolah
Ibunya bertanya bagaimana dia boleh menghafal surah itu, dan kanak-kanak itu menjawab bahawa dia belajar surah tersebut secara sendiri.
"Saya belajar sendiri, sebab setiap hari mereka 'nyanyi' di sekolah, jadi saya belajar dengan cepat," jelas kanak-kanak perempuan itu.
"Bagusnya dia, sedap pulak alunan tu" – Netizen
Susulan tularnya video itu, kini ia telah meraih sehingga 11.5K tontonan, 69.8K tanda suka dan 672 komen di TikTok.
Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.
Berikut merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @dhacaayani79 (TikTok)
Image via @dhacaayani79 (TikTok)
Image via @dhacaayani79 (TikTok)
Lihat video penuh itu di bawah:
Pandainya, tak pelat langsung sebutannya <3
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik