SEISMIK

Kalendar 2023A Jadi Rebutan Ramai, Ini Sebab Kenapa Orang Cina Takut Dengan Nombor 4

Mesti ramai lagi yang tak tahu, jadi jom ambil tahu.

Cover ImageCover image via Jia Kopitiam (Facebook)

ollow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tahukah anda bahawa ketakutan terhadap angka '4' digelar sebagai tetrafobia

Tular satu perkongsian baru-baru ini, sebuah kedai kopitiam yang memuat naik satu gambar kalendar kuda di Facebook

Ramai yang datang berebut untuk mendapatkan kalendar tahun 2023A tersebut.

Apa yang menjadi tumpuan adalah, kalendar tersebut tidak menggunakan tahun '2024', tetapi menggantikannya dengan '2023A'. Sama seperti yang selalu kita lihat di dalam lif.

Jika anda pernah lihat ketika masuk lif, tingkat yang berkaitan nombor 4 mesti tiada kerana diubah menjadi 3A, 13A dan seterusnya.

Apakah sebabnya nombor '4' ditukar menjadi '3A'?

Menerusi laporan Zolima City Mag, tidak hanya masyarakat Cina, tetapi juga penduduk Asia Timur lainnya, seperti Korea dan Jepun, memiliki keengganan terhadap angka 4.

Masyarakat Asia Timur, termasuk Cina, Korea dan Jepun, cenderung menghindari angka '4' kerana diyakini membawa kesialan atau 'suwey'. Fenomena ini dikenali sebagai tetrafobia, di mana terdapat ketakutan atau usaha untuk menjauhi angka '4' yang dikaitkan dengan kematian.

Ketakutan ini muncul kerana sebahagian besar bahasa di wilayah tersebut menyuarakan angka '4' dengan cara yang sama dengan kata-kata yang bermaksud 'mati'.

TIL. Baru admin tahu apa sebabnya 😮

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: