Jurulatih & Pemain Harimau Malaya Hargai Fans OKU Di Qatar – "Nak Dengar Malaysia Menang"
Presiden FAM turut menyantuni penyokong istimewa itu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular kisah seorang lelaki membawa adiknya yang cacat penglihatan pergi ke Qatar untuk memberi sokongan kepada skuad Harimau Malaya
Abangnya melakukan inisiatif simulasi tangan untuk menunjukkan situasi perlawanan untuk adik yang merupakan OKU itu.
Susulan tularnya kisah itu, presiden, jurulatih dan skuad Harimau Malaya menyantuni penyokong istimewa itu di hotel penginapan pasukan di Doha, Qatar sebelum mereka ke padang latihan, petang tadi.
Menerusi video FAM, dapat dilihat presiden, jurulatih dan pemain Harimau Malaya sempat berborak dan bergambar dengan Muhammad Ridzwan Erman Effendi. Mereka juga dilihat menandatangani baju-baju yang dibawa oleh abang Ridzwan untuk dijadikan sebagai kenangan.
"Kalau orang lain datang nak tengok Malaysia menang, saya nak dengar Malaysia menang" kata Ridzwan.
Image via Football Association of Malaysia (FB)
Image via Football Association of Malaysia (FB)
Image via Football Association of Malaysia (FB)
"Massive respect, semoga doa awak termakbul" – Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 80K tontonan, 6K tanda suka dan 300 komen di Facebook, netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut merupakan komen netizen di Facebook:
Image via Football Association of Malaysia (FB)
Image via Football Association of Malaysia (FB)
Lihat video itu di bawah:
Semoga ada rezeki Harimau Malaya untuk menang!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik