SEISMIK

[VIDEO] Jin Suka Tenggek Dekat Timbunan Kain Yang Tak Lipat? Seram!

Siapa yang tak suka lipat kain tu dengar ni.

Cover ImageCover image via @junaidah_ayuu (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerja-kerja menjemur dan melipat kain boleh dikatakan merupakan satu rutin mingguan buat semua orang

Namun disebabkan kesibukan kerja yang berpanjangan akan membuatkan kita terpaksa menangguh kerja-kerja tersebut sehinggalah menyebabkan kain bertimbun 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang wanita kongsi pengalaman atuknya terjumpa jin dalam timbunan kain yang tak dilipat.

"Baju yang tak berlipat adalah tempat yang jin suka duduk"

Dia bercerita arwah atuknya pernah berkongsi pengalaman kawannya kehilangan cucu secara tiba-tiba selama tiga hari.

Arwah atuk wanita itu menolong seorang pak cik mencari cucunya yang hilang. Sebaik saja sampai di rumah, arwah atuknya masuk ke sebuah bilik yang penuh dengan timbunan baju.  

"Atuk aku berdiri tepi katil dan baca doa. Dia selup tangan dalam timbunan baju yang tak tinggi mana tu. Tiba-tiba tangan atuk aku direntap sampai atuk aku tersembam atas kain."

"Atuk aku cuba lawan benda tu, apa lagi benda tu meraung dan bunyi macam-macam. Atuk aku baca Yassin, lepas tu tiba-tiba ada sesuatu terbakar dan bau hangit" katanya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via FB

Atuk dapat tarik keluar tangan budak kecil

Atuk tersebut dapat menarik tangan dan badan budak itu keluar daripada timbunan baju.

Budak kecil itu dijumpai dalam keadaan lemah dan longlai. Badannya memang ada kesan lebam. 

Pengajarannya, atuknya menasihati orang ramai supaya rajin melipat kain. 

"Dia kena ada mood nak lipat, kadang baru angkat harini, esok baru lipat" – Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 720K tontonan, 26K tanda suka dan 600 komen di TikTok, netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut merupakan komen netizen di TikTok:

Bagaimanapun, menurut pandangan Ustaz Fauwaz Fadzil, tiada sebarang dalil yang mengatakan jin akan berkumpul jika baju tidak dilipat

Baju yang tidak berlipat adalah lambang kepada ketidakemasan di dalam tempat tinggal yang menjadikan ia bercanggah dengan kecantikan dan kebersihana yang dititikberatkan di dalam Islam. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Haa, lepas ni rajinkan diri lipat kain!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: