SEISMIK

"Trend Hari Graduasi Sekolah Di Hotel, Tak Semua Ibu Bapa Mampu Bayar" – Adrea Abdullah

Difahamkan, bayaran tinggi yang dikenakan boleh mencapai sehingga RM200 bagi setiap pelajar.

Cover ImageCover image via @adreaabdul (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular di TikTok sebuah video perkongsian pelakon, Adrea Abdullah persoalkan trend majlis graduasi sekolah di hotel mengenakan bayaran tinggi pada pelajar

Tidak berpuas hati dengan keputusan pihak sekolah, pelakon itu mempersoal ketetapan tersebut kerana ia dilihat seolah-olah meminggirkan suara ataupun situasi semasa dihadapi kebanyakan waris yang tidak mampu kerana perlu mengutamakan komitmen lain yang lebih mendesak.

"Keputusan guru besar untuk anjur majlis graduasi di hotel lima bintang seperti buat emotional blackmail (memeras ugut emosi terhadap ibu bapa serta murid). Nak tunjuk sekolah kita 'have-have' (kaya) di media sosial?

"Tetapi tidak pula anda fikir yang ada ibu bapa tak mampu? Tidak semua yang kerja elok. Lagi-lagi ibu bapa yang mungkin ada ramai anak, banyak komitmen, mana mereka boleh keluarkan RM200. Kalau lima orang anak macam mana? Setiap tahun pula.

"Tak masuk akal langsung kerana seolah-olah menganiaya ibu bapa dan seperti emosi terasa seperti diperas ugut. Kalau tak bayar kesian pula anak aku sebab orang lain semua bayar.

"Yang lebih membuatkan situasi lebih buruk adalah mereka buat kumpulan WhatsApp. Ada ibu bapa murid di situ nyatakan ini dan majlis kena bayar banyak ini, ini (senarai) ibu bapa sudah bayar dan ini ibu bapa tak bayar (lagi).

"Ini membuatkan ibu bapa tertekan kerana orang lain sudah bayar tetapi aku tak bayar lagi," katanya.

Mengharap Kementerian Pendidikan (KPM) untuk masuk campur kerana merasakan penganjuran majlis graduasi di hotel mewah adalah langkah tidak munasabah

Tambahnya, mungkin sikap mahu bersaing dan menunjuk-nunjuk segelintir sekolah membuatkan ada dalam kalangan ibu bapa termasuk guru tidak selesa dengan keputusan yang dibuat oleh guru besar.

"Kenapa tak buat di sekolah misalnya? Atau dewan komuniti. Jadi tak mahal. Kalau sekolah antarabangsa tak apa sebab mereka kaya dan tak kisah sangat bayar RM500.

"Kalau sekolah elit bolehlah mereka bayar tetapi kalau sekolah biasa, untuk anjur majlis luar biasa demi imej sekolah, ia memang tidak munasabah.

"Ibu bapa juga ada yang merungut kerana anak mereka mesti nak (beli) baju baharu. Itu kena tambah duit lagi. Ia sekali gus menjadikan satu tekanan yang tidak perlu (ditanggung ibu bapa).

"Banyak hutang dan ibu bapa banyak komitmen lain yang nak bayar. Jadi nak keluarkan duit untuk benda tak masuk akal, Subhanallah. KPM perlu cakap sesuatu sebab perkara ini tidak munasabah untuk ibu bapa bayar duit untuk anak mereka hadir majlis graduasi,"
katanya.

LIhat video penuh di bawah:

@adreaabdul Tak masuk akal! Seriously tidak adil! Korang setuju atau tidak untuk sekolah rendah & menengah adakan graduation lunch or dinner di hotel 4,5 star dan kenekan bayaran 150-200 setiap pelajar! Gile lah! #kementerianpendidikanmalaysia #trending #tren #celotehadrea #karut #takmasukakal #tidakadil original sound – Adrea Abdul

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: