Inspirasi Daripada Siri Anime Yang Cukup Ikonik, CASETiFY Lancarkan Koleksi NARUTO
Menampilkan imej Sasuke dan Minato yang dicipta khusus untuk kerjasama ini, kebanyakan ciri koleksi bermotifkan dan watak kegemaran peminat.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
CASETiFY, jenama aksesori teknologi global, baru-baru ini mengumumkan pelancaran kerjasama pertama mereka dengan NARUTO, salah satu anime paling ikonik yang digemari oleh penonton di seluruh dunia
Image via CASETiFY
Koleksi NARUTO x CASETiFY menggabungkan tema ketenteraan dan kehidupan kontemporari dengan anggun, reka bentuk bergaya bersama motif dan watak lambang NARUTO.
Antara koleksi yang ditampilkan termasuklah Akatsuki Cloud Collectible AirPods Case edisi terhad yang akan dilancarkan pada lewat bulan Januari 2024, AirPods Case bertemakan pelindung dahi serta Tali Telefon Utiliti dengan kunai (tidak bertujuan untuk digunakan sebagai senjata sebenar!), membenarkan pelanggan untuk melibatkan diri dalam dunia NARUTO dengan menunjukkan kesetiaan mereka kepada Hidden Leaf Village.
Image via CASETiFY
Koleksi ini menawarkan pelbagai pilihan reka bentuk untuk rangkaian sarung telefon pintar CASETiFY, termasuk watak popular dan teknik mereka pada Mirror Case yang popular.
Malah terdapat juga sarung menampilkan imej Sasuke dan Minato yang dicipta khusus untuk kerjasama ini.
Antara karya seni lain yang menggambarkan simbol kegemaran peminat termasuklah awan yang mewakili Akatsuki. Sarung Lantunan yang tahan lasak pasti dapat menghadapi pelbagai misi dan pertempuran seperti seorang ninja.
Image via CASETiFY
NARUTO x CASETiFY CoLab dijual pada harga antara USD$72 (RM333.68) hingga USD$92 (RM426.37) bergantung pada model dan jenis peranti.
Dengan memuat turun aplikasi Co-Lab CASETiFY, pengguna akan menerima berita Co-Lab terkini. Bukan itu sahaja, anda akan dapat melihat imej pelbagai produk Co-Lab dan malah turut berkongsikan video kepada rakan-rakan.
Dalam pada itu, pengguna aplikasi Co-Lab juga akan dapat menyimpan maklumat pembayaran mereka, butiran penghantaran dan jenis peranti untuk membuat pengalaman membeli-belah selancar mungkin.
Untuk maklumat lebih lanjut tentang koleksi NARUTO x CASETiFY ini, anda boleh saja muat turun aplikasi Co-Lab CASETiFY akan tersedia atau lawat laman web rasmi mereka di SINI.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik