SEISMIK

Ini 8 Spesies Burung Yang Kerap Dirampas Perhilitan – "Harus Dilindungi"

Kena ambil tahu, sebab haiwan ini spesies yang dilindungi.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Di Malaysia, banyak haiwan menarik kita boleh jumpa yang tidak didapati di negara lain

Oleh kerana ia jarang dilihat dan semakin pupus, haiwan-haiwan ini perlulah dijaga dengan baik betul tak?

Contohnya seperti spesies burung kerana ia sukar dilihat. Iyalah, burung kan terbang jauh dan tinggi, jadi jarang nak dapat lihat dekat.

Namun, tahukah anda sebenarnya ada lapan spesies burung yang kita harus dilindungi tetapi kerap dirampas oleh Perhilitan. Lihat di bawah.

1. Burung Murai Batu Malaysia

Image via Harian Metro

Bunyi nyanyian spesies ini amat merdu dan pelbagai. Ia juga sering mengajuk bunyi burung lain yang menjadikannya terkenal sebagai burung sangkar di Asia.

Burung Murai Batu juga sangat unik di mana panjang ekornya jauh lebih panjang daripada saiz badannya. Selain itu, mempunyai variasi warna bulu yang sangat cantik.

2. Burung Bayan Serindit

Serindit adalah sejenis burung yang unik kerana keupayaannya untuk tidur dengan kedudukan terbalik (kepala di bawah).

Burung ini mempunyai tabiat aktif memanjat dan berjalan daripada terbang. Semasa berehat, burung serindit menggantung badannya dengan meletakkan paruh pada dahan.

Image via Web Id

3. Burung Merbah Luris Leher

Ia spesies burung jenis pengicau, pemakan buah dan juga serangga yang gemar hidup di hutan terbuka dan pinggir kampung serta kebun-kebun buah.

Burung ini sering dilihat hidup berpasangan dan burung jantan akan menguasai kawasannya sendiri. Spesies ini juga sering di lihat bergaduh dengan buruh jenis merbah yang lain.

Image via Blogspot

4. Burung Green Cheeked Conure

Burung ini peramah, tetapi mereka juga agak pemalu berbanding conure lain dan gemar bermain serta menghargai aktiviti bermain mereka.

Dikatakan, spesies ini adalah yang paling mudah dijaga dan tidak cerewet seperti kebanyakan burung lain. Mereka boleh dilatih untuk terbang bebas kerana sangat jinak dan manja jika dibela dari kecil.

Image via Expomx

5. Burung Sun Conure

Turut dikenali sebagai parakeet matahari iaitu sejenis burung kakak tua berwarna terang dan bersaiz sederhana dengan warna bulu keemasan.

Ia juga adalah sejenis burung kakak tua yang pandai meniru pelbagai jenis bunyi dan mudah dilatih untuk melakukan pelbagai aksi selain mudah dijaga.

Image via Trik Merawat

6. Burung Blue And Gold Macaw

Image via Flickr

Macaw mempunyai banyak variasi bulu berwarna-warni yang kelihatan begitu anggun dan megah dengan kombinasi warna biru dan kuning keemasan yang indah menghiasi tubuhnya.

Spesies ini juga mempunyai paruh yang sangat kuat hingga mampu memotong jari manusia. Begitupun, saiz macaw yang besar menjadikannya sukar untuk dijaga, namun burung ini setia dan adalah salah satu baka burung yang bijak.

7. Burung Bayan Puling

Image via eBird

Burung Puling adalah burung yang liar dan juga agak pemalu, Ia juga enggan berkicauan tidak seperti burung puling yang sudah dijinakkan atau yang dibiakkan di dalam kurungan.

Burung jenis ini suka berkeliaran dikawasan ladang-ladang kelapa sawit tertentu untuk mencari makanan kegemarannya iaitu buah kelapa sawit yang sedang masak ranum. Ia juga gemar memakan kulit-kulit kayu terutamanya daripada pokok-pokok herba.

8. Burung Kelicap Kunyit

Image via Flickr

Turut dikenali sebagai burung mata putih, burung bertubuh kecil ini mudah dikesan kerana bersuara nyaring dan mempunyai warna bulu yang pelbagai dan terang.

Spesies burung kecil ini dikenali dengan mudah menerusi paruhnya yang panjang dan berlekuk. Burung ini juga mempunyai lidah yang panjang untuk memudahkannya menghisap madu.

Korang ada yang pernah jumpa salah satu spesies burung ini tak? 🙂

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

You may be interested in: