Cuma Ada Tilam Atas Lantai, Individu Pasrah Sewa Bilik Di Singapura Cecah RM2.3K Sebulan
Memang mahal!
Seorang pekerja Malaysia yang bekerja dan tinggal di Singapura membayar sewa bulanan sebanyak S$650 (RM2313) untuk sebuah bilik yang hanya dilengkapi dengan tilam di lantai
Menerusi hantaran di Facebook, dia kesal kerana bilik yang disewa itu telah naik harga daripada S$500 (RM1779) sebelum ini.
Dia juga berkongsi telah diterima untuk bekerja di Singapura menerusi hantaran terdahulu.
"Inilah satu-satunya cara untuk bekerja keras di bandar yang setiap inci tanahnya seperti emas."
"Walau bagaimanapun, ini adalah harga yang perlu dibayar dengan kadar pertukaran 3.5, jadi saya okay je! Kita mesti mempunyai semangat Adou dalam hidup kita," merujuk kepada beruang yang ada di atas katilnya.
Dia juga berkongsi satu ayat dari filem '孤注一掷 (No More Bets)', yang mengatakan: "Hari ini saya akan tidur di atas lantai! Esok saya akan menjadi bos! Kepada semua pekerja di dunia, kita boleh lakukannya!"
Image via Shi Cheng Qu Wen
Walaupun harga meningkat, dia selesa dengan keadaan rumah
"Tiada tuan rumah, boleh memasak dan bersihkan rumah sendiri." tulisnya.
Ramai yang memberi sokongan kepada wanita tersebut kerana dia masih muda. Tambahan pula, dia akan mampu untuk mencari tempat tinggal yang lebih baik setelah bekerja beberapa tahun.
Korang rasa berbaloi tak? Apa pendapat korang?
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik