SEISMIK

[VIDEO] Ibu Angkat Lemah Sampai Hilang Semangat Lepas Anak Diambil Mak Kandung Semula

Ya Allah, mak mana yang tak lemah semangat.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hubungan ibu dan anak bagai air dicincang tak akan putus

Tak kisahlah anak itu adalah anak kandung atau anak angkat. Kasih sayang ibu terhadap anak-anaknya tiada tandingannya.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang ibu dilihat lemah semangat dan meraung di depan rumahnya.

Wanita itu dilihat sedih sehingga tak larat nak berjalan sampaikan dirinya dipapah dengan dua orang lelaki. Difahamkan, perkara itu berpunca selepas anak angkatnya yang bernama Uzma telah diambil semula oleh mak kandung.

Pelajar-pelajar sekolah yang dipercayai rakan Uzma kelihatan berkumpul di halaman rumah wanita terbabit dalam keadaan sedih dan menangis.

"Sakitnya ya Allah, Uzma anak ku, seandainya kau nampak video mama ni nak, mama mau kau tau, sayang mama dengan kau tiada tandingan" tulisnya.

"Wahai ibu kandung Uzma, buka lah pintu hati mu untuk hadirkan semula Uzma kepada ibu angkat atau susuannya. Walaupun sekejap, sekurang-kurangnya hilang beban rindu mereka" – Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 4M tontonan, 160K tanda suka dan 4K komen di TikTok, netizen turut sebak dan sedih. 

Berikut merupakan komen netizen di TikTok:

Lihat video itu di bawah:

@ramanniecakehomemade

sakitnya ya Allah…uzma anakku,seandainya ko nmpk vdeo mma ni nak…mma mau ko tau,syg mama dgn ko tda tandingan… #fypviral #fyppppppppppppppppppppppp

Belum Siap Kehilangan – Fahimi Rahmat

Kesiannya mak angkat dia, sampai hilang semangat macam tu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: