"Harga Y*hudi" – Pelancong Ditipu Beli Burger Biasa, Ramai Geram Harga Diletak Peniaga Ini
Tak baiklah buat macam itu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Burger di tepi jalan sememangnya menjadi kegemaran ramai kerana harganya yang murah dan sedap
Malah, ia senang untuk dapat di mana-mana sekarang. Tambahan lagi, waktu malam. Dapat pula burger ramly special dengan cheese. Memang padu!
Namun, tular sebuah video baru-baru ini apabila seorang pelancong berkongsi momen ketika dia membeli burger di sebuah gerai di tepi jalan.
Image via Facebook
Bayar RM10 untuk satu biji burger biasa
Menerusi video yang dikongsi akaun Travelling Solo Logs, kelihatan seorang pelancong lelaki berkongsi situasi semasa dia ingin membeli burger di sebuah gerai.
Dia telah memesan burger ramly biasa kerana diberitahu di Malaysia sangat popular dengan burger ramly ini. Malah, dia juga ingin membuat perbezaan dengan burger McDonalds.
Tetapi, yang menjadi perhatian ramai adalah burger biasa yang dibelinya itu berharga RM10 di mana ia memang mahal sama sekali. Kebiasaannya, burger biasa tanpa telur dan cheese baru berharga RM3 hingga RM4 saja.
Pada awalnya, pelancong itu ada terlihat seperti meraguinya juga namun bila ditanya kembali tentang harganya, peniaga tersebut tetap menjawab RM10 dan dia terus membayarnya.
"Jangan berniaga harga mahal sebegini walaupun pada orang asing" – Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan mengecam harga yang diberikan peniaga tersebut kepada pelancong itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 622K views, 626 likes dan 339 comments di Facebook.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Facebokk:
Image via Facebook
Image via Facebook
Image via Facebook
Image via Facebook
Image via Facebook
Image via Facebook
Lihat video itu di bawah:
Mahal betul harga untuk satu burger biasa tu. Dah boleh dapat set dengan harga tu :/
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik