SEISMIK

'Harga Kayangan' Di Food Festival Ini Cetus Perdebatan Ramai – "Makanan Sedap Cuma Harga"

Isu yang tak akan pernah selesai.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sejak kebelakangan ini, banyak food festival dianjurkan di beberapa tempat yang mana ramai peniaga mencari rezeki dengan menjual makanan viral dan sukar dijumpai

Namun, baru-baru ini, tular sebuah posting di platform X yang memaparkan seorang individu memberi pandangannya mengenai harga makanan dijual di festival seperti itu.

 Individu itu berkata dia telah pergi ke sebuah festival dan mengeluh harga makanan yang dijual bermula RM15 sehingga RM55. Sedangkan makanan di situ sama seperti yang dijual di pasar malam malah harganya jauh lebih mahal.

Makanan macam pasar malam tetapi mahal dari pasaraya

"Tak, sekarang ni siapa yang tetapkan harga makanan dekat karnival makanan kenakan dalam sekitar RM15 ke RM55 ni kita perlu bincang dengan serius . Padahal karnival makanan ni dah macam pasar malam je taw tapi kenapa harga lagi mahal dari dalam pasaraya?" soalnya lagi.

Selain itu, dia telah membeli lapan jenis makanan yang berharga bermula RM5 (donat gebu) sehinggalah RM25 (kunafa). Dia juga ternampak lamb shank dijual dengan harga RM55.

"Bayangkan ayah-ayah yang kena bawa anak 3 ke 4 orang pergi karnival makanan macam ni. RM200 paling kurang akan habis. Buatnya anak kau nak pulak cromboloni atau makanan viral, meninggal dik," katanya lagi.

Makanan sedap cuma harga makanan sahaja terkejut

Menurut lelaki itu makanan semua yang dibeli sedap dan orang memang tidak dinafikan sangat ramai.

"Good event, flow cantik. Pergi last day malam so senang sket dapat parking.

Harga makanan je terkejut, faham sebab harga tapak tapi still rasa macam wow mahalnya," katanya.

Lihat posting itu di bawah:

Mungkin food festival ni pasar malam untuk golongan T20 😀

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: