Hanya Bayar RM258 Untuk 26 Hari, Lelaki Terkejut Bil Dikenakan Isteri Di Hospital Kerajaan
Untung jadi rakyat Malaysia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang suami terkejut dengan bil hospital hanya bernilai RM258 untuk perbelanjaan pembedahan otak dan rawatan isterinya selama 26 hari di sebuah hospital kerajaan
Menerusi posting di Facebooknya, Lee Vi Hua berkata dia bersyukur kerana kos yang dikenakan sangat rendah dan merasa lega kerana pembedahan isterinya berjalan lancar.
Difahamkan, isterinya mengalami sakit kepala yang teruk sejak Disember tahun lalu, dan hanya makan ubat penahan sakit dari klinik tempatan.
Namun, disebabkan isterinya masih tidak selesa dan sakit berterusan, dia terpaksa membawa isterinya ke hospital swasta, dan mendapat berita yang tidak dijangka apabila isteri disahkan mengalami pendarahan otak yang serius.
"Doktor mengesyorkan prosedur pembedahan otak serta-merta, namun rawatan itu tidak ada di hospital swasta tetapi sebaliknya hanya ada kemudahan hospital kerajaan yang terpilih.
"Pada mulanya, kami merancang pembedahan di hospital swasta dengan anggaran kos RM150,000.
Bagaimanapun, keadaan berubah apabila isterinya disahkan positif Covid-19 pada 17 Disember lalu, menyebabkannya dipindahkan ke hospital kerajaan di Johor Bahru.
"Akhirnya pada 7 Januari lalu isteri saya berjaya menjalani pembedahan dan dibenarkan keluar hanya dua hari kemudian.
"Pembedahan itu berjaya, menandakan berakhirnya perjalanan yang mencabar selama 26 hari. Selepas tiga bulan berada di hospital dan di bawah jagaan pasukan perubatan terbaik, saya terkejut apabila hanya perlu menjelaskan bil RM258," katanya kepada sumber.
Image via Lee Vi Hua (Facebook)
Image via Lee Vi Hua (Facebook)
Lihat posting itu di bawah:
Semoga isterinya cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan 🙂
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik