Gigolo Berbisnes Di Telegram Ditahan, Rakam & Jual Klip Video Aksi Seks Dengan 20 Wanita
Difahamkan, dia menjual video itu di tiga saluran Telegram.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang lelaki berusia 31 tahun telah ditahan oleh polis selepas kantoi melakukan aktiviti haram iaitu menjual video lucah serta membuat hubungan seks bersama lebih daripada 20 wanita pelbagai bangsa
Menerusi laporan Buletin TV3, polis turut menahan dua teman wanitanya berusia 23 dan 27 tahun di rumah yang turut terlibat dalam aksi seks video itu serta rumah itu juga didiami oleh bapa lelaki terbabit.
"Siasatan juga mendapati setakat kelmarin (16 Januari) suspek mempunyai 2,051 pelanggan untuk pakej 200 video dengan bayaran RM100 dan 622 pelanggan untuk pakej RM20 sebulan bagi 13 video.
"Semua pelanggan aplikasi itu adalah daripada golongan lelaki gersang dan wanita kesunyian yang memiliki kerjaya dalam bidang profesional seperti doktor, usahawan dan sektor korporat," kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
Jualan itu dilakukan oleh lelaki terbabit menerusi media sosial dan dia telah ditahan oleh polis di Janda Baik, pada petang 17 Januari.
Menerusi serbuan yang dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dua teman wanita kepada lelaki berkenaan turut ditahan pada jam 2.30 petang.
Awalnya jual ubat kuat seks dari China di media sosial pada awal tahun 2023
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Suhaily Mohd Zain, berdasarkan siasatan awal yang dibuat lelaki terbabit mula terlibat dengan aktiviti menjual serta mempromosikan ubat kuat seks dari China di platform media sosial sejak awal tahun 2023.
"Siasatan awal mendapati suspek utama yang pernah dua kali berkahwin dan bercerai memulakan aktiviti menjual dan mempromosikan ubat kuat seks dari China," katanya.
Image via julianaNewsMPB (X)
Rakam dan jual aktiviti seks sendiri di tiga platform Telegram
"Namun untuk mengaut keuntungan lebih tinggi, suspek kemudian mempelajari cara merakam video lucah bersama teman wanitanya sebelum menjual klip video adegan berkenaan dalam tiga saluran media sosial sejak Julai tahun lalu".
"Tidak hanya teman wanitanya, suspek juga yang disyaki mempunyai latar belakang seorang gigolo (diupah untuk khidmat seks). Siasatan mendapati beliau merakam aksi seksnya meniduri sekumpulan wanita yang dikenalinya menerusi media sosial untuk dijual," katanya.
Setelah pelanggan membuat bayaran, suspek akan menghantar link
Datuk Seri Mohd Shuhaily berkata setelah pembayaran dibuat oleh pelanggan untuk menonton klip video itu, suspek akan menghantar pautan kepada pelanggan untuk menonton video lucah yang dirakam itu.
"Pada masa ini suspek dan dua teman wanitanya yang ditahan turut dikesan melakonkan aksi lucah dalam video seks yang dijual. Selain itu, kami berusaha mengesan wanita lain yang turut terbabit dalam puluhan rakaman video yang dikesan," kata Datuk Seri Mohd Shuhaily.
"Polis menemui kesemua aksi rakaman suspek melalui rampasan lima telefon bimbit milik suspek dan dua teman wanitanya selain dua kad ATM yang digunakan sebagai akaun langganan," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 372 (1)(e) Kanun Keseksaan atas kesalahan mempromosi aktiviti seks untuk mendapatkan keuntungan dan boleh dihukum penjara selama 19 tahun, sebatan dan denda sekiranya disabitkan kesalahan.
Seksyen 292 Kanun Keseksaan atas kesalahan memiliki bahan lucah yang boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun serta Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 atas kesalahan menyalahgunakan kemudahan rangkaian telekomunikasi.
Lihat posting di bawah:
Info tambahan, kelmarin, suspek bersama dua teman wanitanya dibenarkan ditahan reman selama lima hari oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di Jalan Duta.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik