SEISMIK

[SHARE] Ini 5 Fakta Menarik Tentang Yang Di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Ibrahim

Daulat Tuanku.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sedia maklum, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata, pelantikan selama lima tahun itu berkuat kuasa 31 Januari 2024.

Pelantikan baru berkenaan menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah menamatkan pemerintahannya berkuat kuasa 30 Januari 2024 selepas lima tahun.

Bagi anda yang masih belum mengenali Sultan Ibrahim secara dekat, jom kami kongsikan fakta menarik Tuanku pada anda.

1. Berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Johor

Tuanku pernah berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Johor dan ditempatkan di Pejabat Setiausaha Kerajaan, Pejabat Perbendaharaan, Pejabat Tanah, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Perhutanan dan Jabatan Pertanian untuk mempelajari selok belok pengurusan dan pentadbiran negeri.

Image via Utusan

2. Memiliki lesen memandu kereta api

Sultan Ibrahim mencipta rekod Malaysia Book of Records apabila menjadi Sultan pertama di negara ini memiliki Lesen Memandu Lokomotif Berkuasa Tinggi Kelas 26 pada tahun 2010 dan pernah memandu kereta api pada program Kembara Mahkota Johor (KMJ 2010) pada tahun sama.

Image via Berita Harian

3. Pandai memasak

Bukan hanya berjiwa rakyat, Tuanku juga dilihat aktif di sosial media berkongsikan resepi makanan dan memasaknya sendiri jika mempunyai waktu terluang.

4. Pernah menyertai pelbagai latihan ketenteraan

Sultan Ibrahim juga pernah menyertai selama tiga bulan latihan tentera laut di Pengkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia Lumut, sekali gus melengkapkan Tuanku sebagai pegawai tentera darat, laut dan udara.

Image via Harian Metro

5. Memiliki lebih 200 koleksi tongkat

Tuanku memiliki koleksi lebih 200 tongkat pelbagai reka bentuk dan saiz. Tongkat-tongkat kayu itu diperbuat daripada kayu cendana, giam, kayu landasan keretapi dan juga papan lantai kayu istana-istana lama. Tuanku ada memberitahu sebenarnya mengumpul tongkat kayu adalah hobi Baginda sejak dahulu lagi.

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Sembah takzim daripada SEISMIK.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: