SEISMIK

[FAKTA] Malaysia Negara Ke-3 Paling Ramai Orang 'Single' Di Asia Tenggara

Ramai betul ya.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Malaysia berada di tempat ketiga dalam kalangan negara Asia Tenggara yang mempunyai paling ramai individu yang masih belum berkahwin

Menerusi laporan Berita Harian yang dikongsikan oleh SeaAsia Stats, Malaysia dengan 44.68% penduduknya dikenal pasti sebagai belum berkahwin, bercerai berpisah, atau balu.

Statistik ini meletakkan Malaysia di belakang Filipina berada di tempat pertama dengan 49% dari populasi di negara itu berstatus single diikuti Brunei (44.9%).

Kemboja, Myanmar dan Thailand masing-masing berada di tempat keempat hingga keenam dengan 44.6%, 29% serta 23% diikuti Indonesia (22%), Singapura (20%), Laos (17%) manakala dua negara dengan individu single terendah adalah Vietnam (16%) dan Timor-Leste (13%).

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang telah merekodkan data dari tahun 1970 hingga 2021

Kajian itu berdasarkan sumber daripada Divisyen Populasi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) Statistik Populasi & Bujang berdasarkan data pada 2021.

Dari 1970 hingga 2021, PBB mengumpulkan data perkahwinan mengenai lebih 1.6 bilion individu bujang di seluruh dunia.

Data tersebut menggariskan pelbagai faktor yang menyumbang kepada peningkatan individu bujang di Malaysia, termasuk pandangan terhadap perkahwinan, peningkatan ekonomi serta meningkatnya keperluan sosial mereka yang masih bujang.

Mana yang masih belum berkahwin tu jangan risau jodoh anda mungkin tengah sesat dalam lingkungan 44.68% 😀

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: