SEISMIK

Eskayvie Komited Untuk Lahirkan & Melatih 5,000 Usahawan Baru Di Kelantan

Eskayvie juga ingin berkongsi kebaikan produk kesihatan berkualiti tinggi kepada lebih 1.9 juta penduduk Kelantan.

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Syarikat peneraju dalam produk kesihatan halal, makanan tambahan dan kecantikan yang berkualiti tinggi Eskayvie, mengumumkan pembukaan Pusat Edaran Eskayvie di Kota Bharu, Kelantan, Sabtu lalu

Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed berkata, menjadi inspirasi mereka untuk membantu meningkatkan ekonomi dan kesihatan keluarga serta masyarakat.

Menurutnya, mereka ingin terus berkongsi kebaikan produk kesihatan berkualiti tinggi keluaran Eskayvie itu kepada lebih 1.9 juta penduduk Kelantan.

"Kami yakin dengan pembukaan pusat edaran ini akan memberi peluang kepada penduduk Kota Bharu mendapatkan produk kami dengan lebih cepat dan menjimatkan.

"Selain itu, pusat latihan yang lengkap turut disediakan bagi membantu usahawan tempatan yang berminat dalam bidang perniagaan.

"Program latihan dan bimbingan yang komprehensif juga disediakan untuk membantu setiap usahawan Eskayvie membangunkan perniagaan yang berjaya sekaligus mencapai tahap kewangan yang lebih baik. Kami sangat komited untuk melahirkan dan melatih 5000 usahawan baru di Kelantan," katanya.

Pengarah Urusan Eskayvie Kartika Wati Mohamed

Image via Kartika Wati Mohamed (Facebook)

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie selaku formulator produk-produk berkualiti Eskayvie Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri turut berkongsi berkongsi pandangan mengenai keunikan rangkaian produk keluaran Eskayvie.

Kepakaran beliau selama lebih 35 tahun dalam bidang kesihatan digunakan sepenuhnya bagi memformulasikan produk berkualiti syarikat itu yang terbukti memberi kebaikan kepada masyarakat.

"Keseluruhan rangkaian produk ini bukan saja diformulasikan daripada bahan semula jadi, malah menggunakan bahan berkualiti premium dan berpaten dunia. Ia sangat penting bagi membantu tahap kesihatan masyarakat di Malaysia.

"Di antaranya adalah Eskayvie Mindtropic. Produk ini memfokuskan kepada kesihatan minda dengan bahan utama Phosphatidylserine untuk membantu anak belajar, menguatkan daya ingatan dan fokus dalam kelas. Eskayvie Diffenz dan Eskayvie Diffenz Junior pula mengandungi Cendawan Susu Harimau yang baik untuk kesihatan paru-paru dan sistem pertahanan tubuh," katanya.

Majlis pelancaran turut dihadiri Duta Eskayvie, Datuk Aznil bin Haji Nawawi yang menyokong inisiatif murni Eskayvie untuk terus menyebarluaskan peluang perniagaan serta manfaat produk berkualiti yang disediakan Eskayvie untuk masyarakat.

Dr Syid Ayob dan Kartika Wati bersama duta Eskayvie, Datuk Aznil menyempurnakan acara memotong riben sebagai simbolik pembukaan Pusat Edaran Eskayvie di Kota Bharu, Kelantan.

Image via Kartika Wati Mohamed (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: