SEISMIK

Dr Samhan Dedah 4 Punca Pembuluh Darah Boleh Pecah Yang Bukan Disebabkan Oleh Stres

Kesiannya.

Cover ImageCover image via The Asian Parent & Buletin TV3

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular di media sosial tentang seorang pelajar tajaan PETRONAS yang lumpuh separuh badan bahagian kanan akibat saluran darah ke otak telah pecah

Susulan itu, pakar kesihatan, Dr Ahmad Samhan tampil di platform X untuk menafikan pandangan orang ramai yang mengatakan bahawa perkara itu berlaku berpunca daripada tekanan pembelajaran.

"Ramai yang mengatakan bahawa stres belajar menyebabkan pembuluh darah pecah dan seterusnya mengakibatkan keadaan adik Nazmi sekarang.

"Sebenarnya isu ini bukan disebabkan oleh terlalu stres belajar," tulisnya.

Bukan sebab terlalu stres belajar tetapi sebab lain

Dr Samhan yang juga pakar kesihatan lelaki mengatakan pembuluh darah pecah adalah disebabkan empat perkara iaitu aneurisme, tekanan darah tinggi, kencing manis dan trauma.

"Kalau ada masalah kencing manis, kondisi ini akan menyebabkan salur darah itu mengembang dan menjadi benjolan seperti belon yang ditiup dan menyebabkan pecah sebab salur darah itu terlalu nipis. Tetapi, bagi orang muda sangat jarang disebabkan oleh kencing manis atau darah tinggi," jelasnya.

Menurutnya, tiada kemungkinan pembuluh darah pecah akibat tekanan pelajaran.

Empat keadaan yang boleh menyebabkan pembuluh darah pecah adalah:

1. Aneurisme

2. Tekanan darah tinggi

3. Kencing manis

4. Trauma

Aneurisme paling bahaya

Dr Samhan berkata, aneurisme merupakan salah satu punca untuk pembuluh darah ke otak itu pecah. Namun, tiada simptom yang berlaku terlebih dahulu dan ia boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja.

"Salam takziah untuk adik Nazmi dan keluarga. katanya lagi.

"Sama-sama kita doakan adik Nazmi untuk sembuh sepenuhnya," katanya lagi.

Lihat posting itu di bawah:

Semoga adik Nazmi sihat seperti sediakala 🙂

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: