Dilabel Muka Macam Jalan Tar, Wanita Sedih Kena Body Shaming Oleh Individu Di Media Sosial
Tak baik cakap macam tu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap orang pasti mempunyai keinginan untuk memiliki wajah yang cantik
Tidak kiralah bagi lelaki mahupun perempuan. Kulit wajah yang cantik sememangnya dapat menaikkan keyakinan diri.
Kalau kita nampak wajah seseorang teruk atau berjerawat, janganlah pula kita menghukum kerana kita tidak tahu situasi mereka.
Seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang wanita berkongsi mesej perbualan seorang individu yang mengutuk wajahnya.
Image via @sailormoons4 (TikTok)
Samakan wajah dengan jalan tar
Menerusi video tersebut, wanita berkenaan berkongsi ayat yang paling menyedihkan buat dirinya.
Dia menunjukkan perbualan audio mesej seorang individu mengutuk wajahnya yang teruk. Malah, individu tersebut turut menyamakan wajahnya seperti jalan tar.
Difahamkan, individu tersebut merupakan kekasih baru bekas teman lelakinya.
"I'm crying, sakit dia sampai sini" – Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut kasihan mendengar perbualan mesej itu dan memberikan pelbagai reaksi mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.7M views, 148.6K likes dan 5,191 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @sailormoons4 (TikTok)
Image via @sailormoons4 (TikTok)
Image via @sailormoons4 (TikTok)
Image via @sailormoons4 (TikTok)
Lihat video itu di bawah:
Kita tak tahu struggle dia macam mana, mungkin dia banyak kali usaha 🙂
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik