Isu Podcast 'Hot Daddy', Dapatan Awal Menunjukkan Video Tidak Dikesan – Fahmi Fadzil
Buat masa ini tiada sebarang kawal selia dibuat oleh kerajaan ke atas para podcaster.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Menteri Komunikasi, Yang Berhormat Fahmi Fadzil dalam satu sidang media hari ini mengulas isu podcast yang menampilkan 'Hot Daddy' yang tular di media sosial beberapa hari lalu
Dalam satu sidang media, Fahmi memberitahu bahawa pihak SKMM ada menerima aduan mengenai isu tersebut dan dapatan awal menunjukkan video tersebut tidak dikesan.
"Sama ada bermaksud ia tidak dimuat naik atau pun telah diturunkan oleh sama ada platform tersebut ataupun tuan punya akaun," katanya.
Tambahnya lagi, beliau telah mengarahkan kementeriannya untuk membuat siasatan dan video tersebut memang tidak dijumpai di dalam akaun media sosial channel tersebut.
Bagaimanapun, pihak kementerian sedia maklum dengan kenyataan yang dikeluarkan Menteri Agama dan akan merujuk kepada kenyataan tersebut.
Fahmi mengingatkan kepada podcaster bahawa buat masa ini tiada sebarang kawal selia oleh pihak kerajaan dibuat ke atas mereka. Jadi, sekiranya ada keperluan pihak kerajaan mungkin akan mengambil tindakan.
"Seperti yang disebut oleh seorang Podcaster, saudara Khairy Jamaludin, sekiranya adab dan batas ada ketelanjuran, sekiranya pihak kerajaan menilai dan meniti adanya keperluan maka kita akan ambil tindakan," jelasnya lagi.
Oleh itu, beliau meminta para podcaster untuk mengenakan kawalan kendiri dan berpada-pada kerana kita mempunyai undang-undang, adab dan budaya.