Beli Kasut Nike Air Jordan RM135 Dekat Instagram, Sekali Kena Scam Sampai Rugi RM5,000
Difahamkan, mangsa menyedari ditipu apabila dia diminta membayar cas tambahan selepas barangan itu didakwa dirampas polis dan imigresen.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang lelaki berusia 30 tahun diperdaya selepas mengalami kerugian sehingga RM5,000 ketika membeli kasut di Instagram
Menurut sumber daripada laporan Harian Metro, mangsa telah melihat iklan jualan kasut terbabit di sebuah laman Instagram pada 29 Disember lalu dan bersetuju untuk membelinya.
"Selepas menghubungi penjual terbabit melalui aplikasi WhatsApp, mangsa kemudian diminta membuat bayaran harga kasut terbabit.
"Bagaimanapun selepas itu, mangsa dihubungi sekali lagi dan diminta membuat bayaran beberapa kali kononnya untuk cas penghantaran, barangan dirampas polis dan imigresen di mana perlu membayar sejumlah wang untuk mendapatkan kembali kasut itu," katanya.
Image via Sotheby's
Tidak mengesyaki sesuatu yang pelik dan terus menuruti permintaan penjual
Sumber berkata, mangsa tersebut tidak mengesyaki apa-apa kemudian mengikut arahan suspek dan buat pemindahan wang beberapa kali ke akaun yang diberi.
"Bagaimanapun selepas lebih RM5,000 bayaran dibuat namun kasut berjenama itu masih gagal diperolehi menyebabkan dia tampil membuat laporan polis," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Delhan Yahaya mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Lelaki itu tampil membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee Jumaat lalu.
Kes diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk tindakan selanjutnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik