SEISMIK

Bawa Orang Lain Yang Tak Dijemput Ke Majlis Kahwin, Hukumnya Boleh Jatuh Haram

Ingat tu semua.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Majlis perkahwinan diadakan bagi meraikan pasangan mempelai yang baru saja mendirikan rumah tangga

Pada masa inilah ahli keluarga, sanak-saudara dan rakan-rakan hadir untuk meraikan hari bahagia anda. Jika dulu jemputan majlis perkahwinan menggunakan kad, zaman sekarang ia sudah berubah kerana semuanya canggih.

Sekarang, kita banyak menerima jemputan melalui digital saja betul tak? Kebiasaannya, pengantin akan menjemput anda dan pasangan untuk datang ke majlis mereka, namun ia terpulang jika pengantin ada menjemput ahli keluarga anda sekali.

Baru-baru ini, tular video apabila seorang wanita menasihatkan untuk tidak membawa orang lain jika tidak dijemput ke majlis perkahwinan.

Nasihat lebih baik jangan ajak orang lain jika tidak dijemput

Menerusi video tersebut, wanita berkenaan berkongsi satu topik yang menjadi isu dalam kalangan rakyat Malaysia ketika di majlis perkahwinan.

Dia bercerita berdasarkan perkongsian di laman X. Katanya pengantin tersebut meluahkan perasaannya. Difahamkan, pengantin tersebut hanya menjemput 150 orang saja untuk kenalan-kenalan terdekat.

Namun, bila tiba hari perkahwinannya dia diberitahu bahawa makanan tidak cukup dan bila diteliti semula, hampir 400 orang menghadiri majlis perkahwinannya itu.

Ia berlaku apabila mungkin ada tetamu yang dijemput telah membawa kenalan mereka yang lain yang tidak dijemput pada majlis perkahwinan berkenaan.

"Bahayanya dekat sini kalau you guys sahaja yang dijemput, you guys sahajalah yang pergi wedding itu. Melainkan kalau pengantin ada kirim jemputan.

"I believe kalau you datang wedding atau kenduri yang you tak dijemput secara langsung, end up you makan makanan dekat majlis atau kenduri tu hukum boleh jatuh haram sebab you tak dijemput secara langsung oleh tuan rumah atau pengantin,"katanya.

Haram hadiri kenduri yang tidak dijemput

Apakah hukumnya apabila kita tetap hadiri majlis kenduri kahwin berkenaan dan makan jamuan disediakan walaupun tidak dijemput?

Sebelum menjawab persoalan ini, perlu difahami bahawa hukum asal menghadiri majlis perkahwinan jika dijemput secara khusus adalah wajib.

Berdasarkan pandangan di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, majoriti ulama dalam Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali berdalilkan sebuah hadis daripada Ibn Umar RA.

Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang kamu dijemput ke majlis perkahwinan (walimah), maka hadirlah ia." (Sahih Muslim).

Bagaimanapun, jika kita tidak dijemput tuan rumah atau wakilnya, para ulama daripada empat mazhab iaitu Maliki, Hanafi, Syafie dan Hanbali sepakat menyatakan haram untuk menghadirinya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Blogspot

Lihat video itu di bawah:

@deakhalidmua

Yang dijemput secara langsung tak perlu gatal mulut memanjangkan jemputan kepada orang yg tak terlibat melainkan bride/tuan rumah kirim jemputan. Hati-hati jgn sampai rosak majlis orang.

original sound – Dea Khalid

Lepas ini jangan pandai-pandai ajak orang ya 🙂

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

You may be interested in: