SEISMIK

LBS Bina Tawar Baucar Bernilai Sehingga RM238,800 Buat Bakal Pembeli Rumah Di Johor Bahru

Dapatkan yuran guaman percuma, yuran tempahan yang rendah dan skim pembayaran flexi.

Cover ImageCover image via LBS Bina

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh LBS Bina. 

Ada yang ingin membeli rumah di kawasan Johor Bahru? Ini berita baik untuk anda!

LBS Bina Group Bhd baru saja melancarkan projek rumah Pangsapuri Saudana Indah menerusi anak syarikatnya, MGB Berhad.

Pangsapuri baharu ini menawarkan harga mampu milik dan selesa di Johor Bahru. Pangsapuri Saujana Indah terletak di antara bandar Molek dan Johor Jaya.

Selain itu, Pangsapuri Saujana Indah terdiri daripada 988 unit yang merangkumi dua buah menara dibina diatas tanah pegangan bebas seluas 1.05 hektar. Menara A dan B mempunyai 37 tingkat masing-masing.

Image via LBS Bina

Lokasi strategik dan fasiliti yang lengkap tarik perhatian

Pangsapuri Saujana Indah terletak di antara bandar Molek dan Johor Jaya. Lokasi strategik memudahkan akses penduduk kerana berdekatan dengan lebuhraya utama seperti, Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Pantai Baru ke Bandar Iskandar Puteri, Lebuhraya Pasir Gudang, Lebuhraya EDL, Lebuhraya Pantai Timur JB dan Lebuhraya Senai-Desaru.

Bagi pelancong yang gemar keluar negara, pangsapuri terletak jarak 20 minit dari Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ). Bagi yang suka main golf, pangsapuri ini terletak berdekatan dengan Kelab Golf Daiman 18.

Penduduk Pangsapuri juga dapat menikmati pelbagai kemudahan seperti kolam renang, taman permainan kanak-kanak, dewan serbaguna, surau, BBQ, gimnasium dan lain-lain.

Image via LBS Bina

Penduduk di sini bukan saja boleh mengamalkan gaya hidup yang sihat, malah pelbagai tarikan yang ada berdekatan situ. Sebagai contoh, Taman Tasik Seri Alam dan Tasik Biru Seri Alam yang akan menarik perhatian penggemar pendaki.

Image via Chillout

Sempena Tahun Baru Cina tahun ini, LBS Bina menawarkan baucar prosperity sehingga RM238,800!

Image via LBS Bina

Caranya mudah saja, pastikan anda tandatangan SPA sebelum 29 Februari 2024. Selepas itu, anda perlu pastikan mendapatkan kelulusan pinjaman supaya dapat menikmati tawaran sempena Dragonlicious Deals 2024!

Antara tawaran lumayan termasuk yuran guaman percuma, yuran tempahan yang rendah, loyalty rewards, zero exit fees dan pakej perabot. 

Haa, menarik bukan? Bagi siapa yang tengah survey-survey rumah, make sure grab tawaran ini laju-laju!

Tunggu apa lagi? Jom ketahui lebih lanjut di sini!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik