Ayah Siap Buatkan Candi, Gadis Kongsi Makna Sebalik Setiap Ukiran Buat Ramai Kagum
Ayahnya merupakan bekas paranormal, Agus Yulianto.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Candi merupakan bangunan purba atau kuno yang terbuat daripada batu
Kebiasaannya, kita sering lihat bangunan kuno ini terletak di Indonesia seperti Bali, Yogyakarta dan banyak lagi. Pada zaman dulu, ia digunakan untuk tempat sembahyang penganut Hindu atau Buddha.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video gadis yang memaparkan candi dibuatkan oleh ayahnya telah mencuri tumpuan ramai.
Pada awalnya, ramai yang tidak percaya candi itu kepunyaan ayahnya tetapi dia tampil menceritakan segala kisah dan makna disebalik ukiran di candi itu.
"My biggest flex is having a temple made by my dad." tulisnya.
Image via @aydaprasasti (IG)
Ayahnya merupakan seorang paranormal, banyak kisah yang telah dipaparkan pada dinding candi
Gadis yang dikenali sebagai Sasti itu menjelaskan bahawa candi itu terletak di rumahnya. Bangunan tersebut dipenuhi dengan falsafah yang menggambarkan pelbagai aspek kehidupan ayahnya.
Ayahnya pernah dipenjarakan sehingga berkahwin dengan ibunya. Ayahnya merupakan bekas paranormal terkenal, Agus Yulianto, juga dikenali sebagai Ki Joko Bodo, yang meninggal dunia pada usia 58 tahun.
Ukiran-ukiran di candi itu mengisahkan perjalanan hidup ayahnya semasa remaja, tamat pembelajaran, bekerja di pelbagai tempat sehinggalah berjumpa dengan kekasih hatinya.
Image via @aydaprasasti (TikTok)
Image via @aydaprasasti (TikTok)
Image via @aydaprasasti (TikTok)
"Kalau bercinta dengan orang seniman memang macam ni, effort" – Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 9M tontonan, 676K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terpegun melihat rumahnya.
Berikut merupakan komen netizen di TikTok:
Image via @aydaprasasti (TikTok)
Image via @aydaprasasti (TikTok)
Image via @aydaprasasti (TikTok)
Lihat video penuh itu di bawah:
Dahsyat gila ayah dia, bina bangunan bersejarah untuk keluarga sendiri! 🙂
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik