Akibat Banjir Yang Teruk, Lembu Ini Ditemui Mati Terperangkap Di Atas Pokok
Difahamkan, lembu itu mati akibat kelaparan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jika anda fikir bahawa banjir di Malaysia sudah teruk, lihatlah pula kesan banjir yang berlaku di Thailand
Baru-baru ini di Thailand, telah berlaku satu insiden iaitu seekor lembu ditemui mati di atas pokok akibat dibawa oleh arus banjir besar.
Menerusi video tersebut, memaparkan bangkai seekor lembu itu terperangkap di antara 3 dahan di atas pokok yang tinggi kira-kira 2 meter dari tempat beberapa orang berdiri serta menyaksikan dengan kehairanan.
Menerusi laporan oleh Thaiger, dipercayai bahawa lembu ini merupakan salah satu daripada 18 ekor yang telah dibawa oleh arus banjir.
Setelah air surut, pemilik lembu menemui 4 ekor bersama lembu ini yang terperangkap di atas pokok. Sayangnya, lembu malang ini terperangkap di atas pokok selama beberapa hari dan mati kelaparan.
Image via @hitam8673 (TikTok)
"Pecah kepala fikir benda ni" – Netizen
Susulan tularnya video itu, kini ia telah meraih sehingga 11.5K tontonan, 398 tanda suka dan 38 komen di TikTok.
Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.
Berikut merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @hitam8673 (TikTok)
Image via @hitam8673 (TikTok)
Image via @hitam8673 (TikTok)
Lihat video penuh itu di bawah:
Kesiannya tengok lembu tu 🙁
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik