Aina Pernah Support Ernie Bertanding Bintang RTM 2009, Waktu Tu Tengah Makan Nasi Depan TV
Dua-dua penyanyi yang hebat sekarang.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Aina Abdul dan Ernie Zakri adalah dua nama besar dalam industri hiburan tanah air. Baru-baru ini, SEISMIK telah membawa dua bintang terkenal ini untuk duduk bersama bercerita mengenai liku-liku kehidupan sepanjang bergelar anak seni secara eksklusif dalam segmen Seismik Podcast
Seperti yang kita tahu kedua-dua mereka bakal berentap di Anugerah Juara Lagu 38 menerusi lagu Jangan Mati Rasa Itu oleh Aina Abdul dan Astana oleh Ernie Zakri.
Penggambaran podcast yang dikendalikan Zaidi Aziz itu telah berlangsung lebih daripada satu jam dan banyak mengupas topik-topik menarik termasuklah mengenai hubungan mereka berdua.
Image via Nany Rahman/ SAYS Seismik
Pernah lihat Ernie bertanding dalam sebuah pertandingan nyanyian dalam televisyen
Aina ada berkongsi cerita dalam Seismik Podcast, ibunya dahulu tidak bersetuju untuk dia menjadi penyanyi.
Namun, melihat bakat yang dimiliki si anak, akhirnya ibunya merestui keputusan tersebut dan sehingga kini menjadi tulang belakang paling kuatnya.
Berbeza dengan Ernie Zakri, dia telah mendapat restu dengan ibu bapa malah datuk dan neneknya sejak dia kecil lagi.
Apa yang menarik lagi, Aina memberitahu suatu ketika dahulu sebelum dia bergelar sebagai penyanyi, dia pernah melihat Ernie Zakri bertanding di pentas Bintang RTM pada tahun 2009.
"Ketika itu saya hanyalah insan biasa yang bernama Nurul Aina, saya pernah tengok Ernie bertanding di sebuah pertandingan nyanyian di kaca TV.
"Masa itu tengah makan nasi sambil duduk bersila di depan meja, saya memang kagum melihatnya. Tak sangka sekarang boleh satu pentas," ujarnya.
Image via @ainaabdul (Instagram)
Kongsi gim yang sama
Ditanya dakwaan mengenai isu mereka berdua. Aina menjawab dia dan Ernie baik-baik saja dan tidak mempunyai apa-apa masalah dan konflik.
Malah, beliau berkata mereka berdua sebenarnya berkongsi gim yang sama. Jadi, banyak waktu bersama.
Tambahnya, Syamel sangat memainkan peranan yang penting dalam perhubungan mereka kerana banyak komunikasi mula timbul.
"Syamel ni dia suka buat kelakar, bila dia buat kelakar Aina gelak. So i feel included in the conversation.
"Saya ni jenis krik krik kadang-kadang, jadi saya memang perlukan orang yang riang dalam hidup saya sebab saya selalu serius.
"Kalau saya dengan coach saya je nanti boring. So, bila ada Syamel dan Ernie tu it lighten up my day," kata Aina.
Ernie turut setuju dengan perkara tersebut dan memberitahu Syamel selalu memberikan kata-kata positif kepadanya.
"Ya suami saya tu orangnya memang kelakar," tambah Ernie pula.
Image via Nany Rahman/ SAYS Seismik
Dua-dua ada personaliti dan kehebatan masing-masing. All the best untuk AJL nanti! 😀
Saksikan Seismik Podcast di YouTube channel SEISMIK TV tidak lama lagi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik