SEISMIK

Abang Bawa Adik Cacat Penglihatan Ke Stadium Qatar, Penuhi Impian 'Tonton' Harimau Malaya

Difahamkan, abangnya menggunakan simulasi tangan untuk menunjukkan situasi permainan.

Cover ImageCover image via Sinar Harian & VOCKET

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bola sepak merupakan sukan yang digemari ramai orang

Baru-baru ini, tular di platform X, memaparkan kisah seorang lelaki yang dikenali sebagai Raff Iskandar Erman Effendi yang membawa adiknya ke Qatar untuk menonton dan memberi sokongan kepada skuad Harimau Malaya dalam Piala Asia 2023 telah menarik perhatian.

Apa yang membuat orang ramai sebak adalah adik Raff Iskandar merupakan orang kurang upaya (OKU) penglihatan atau cacat penglihatan menyebabkan abangnya menggunakan simulasi tangan untuk menunjukan situasi perlawanan.

Menurut Sinar Harian, walaupun dilahirkan cacat penglihatan, dia mempunyai keinginan seperti peminat bola sepak tanah air yang lain untuk berada di stadium bagi memberikan sokongan kepada pasukan kebangsaan pada setiap perlawanan di dalam mahupun di luar negara.

Impian terbesar adiknya adalah untuk menjadi sebahagian daripada sejarah perjuangan Malaysia

Menyedari satu daripada impian terbesar Muhammad Ridzwan adalah untuk menjadi sebahagian daripada sejarah perjuangan Malaysia dalam kempen Piala Asia 2023 di sini, Raff Iskandar tanpa berfikir panjang mengambil keputusan untuk terbang ke Qatar bersama adiknya.

"Bagi saya ini bukanlah cabaran, kerana kami dah biasa ke stadium di Malaysia dan dia (Muhammad Ridzwan) mahu merasai pengalaman di tempat lawan Piala Asia, lagi-lagi apabila Malaysia berjaya menamatkan penantian 42 tahun untuk layak secara merit.

"Biasanya saya akan buat simulasi guna tangan mengenai situasi permainan, contohnya ketika Arif Aiman berlari ataupun Matt Davies buat terjahan, untuk bagi dia faham apa yang berlaku. Dia mungkin tak nampak, tapi dia rasa apa yang berlaku," kata Raff Iskandar.

Image via Sinar Harian

Muhammad Ridzwan suka pergi ke stadium untuk rasai suasana yang meriah

Sementara itu, Muhammad Ridzwan yang mencari rezeki dengan bermain muzik berkata, dia suka ke stadium untuk merasai kemeriahan suasana meskipun tidak dapat melihat.

"Harapan saya kali ini sama macam orang untuk lihat Malaysia menang. Tetapi saya nak pemain Malaysia tahu dalam banyak-banyak 'ekor' (peminat), saya seorang yang datang nak dengar Malaysia menang, bukannya tengok dorang menang," katanya lagi.

Lihat video penuh itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: