3 Fakta Penting Mengenai Kemalangan Pesawat Udara Yang Terhempas Di Kapar, Klang
Difahamkan, pesawat ringan tersebut dimiliki oleh sebuah syarikat latihan penerbangan yang berpusat di Singapura.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pada 13 Februari, sebuah pesawat ringan, BK 160 Gabriel, terhempas berhampiran Sekolah Kebangsaan Tok Muda di Kapar, Klang, selepas berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang untuk penerbangan rekreasi
Berikut adalah fakta penting dalam kes yang perlu anda ketahui:
Image via AST
1. Dua orang telah terbunuh dalam kemalangan tersebut
Pesawat berkenaan dengan nombor pendaftaran I-POOC, dioperasikan oleh Kelab Penerbangan Air Adventure.
Juruterbang, Daniel Yee Hsiang Khoon, 30 tahun dan pembantu juruterbang, Roshaan Singh Raina, 42 tahun sedang membuat penerbangan rekreasi.
Daniel adalah seorang instruktor penerbangan yang terlibat dengan kelab tersebut, manakala Roshaan adalah seorang ahli kelab.
Mangsa yang dipercayai berasal dari Johor dan Pulau Pinang ditemui kira-kira pukul 2 petang di dalam kokpit yang terkubur lebih dari dua meter dalam tanah seperti yang dilaporkan oleh New Straits Times.
2. Pesawat ringan itu dimiliki oleh sebuah syarikat yang berpusat di Singapura
Jurucakap bagi syarikat latihan penerbangan berpusat di Singapura, Aviation Safety Technology (AST), yang memiliki pesawat tersebut menyatakan bahawa penerbangan itu adalah dalam persediaan untuk Singapore Airshow seperti yang dilaporkan.
Pameran udara tersebut dijadualkan berlangsung dari 20 hingga 25 Februari.
Menurut laman web AST, pesawat tersebut adalah sebahagian daripada paparan statik luaran pameran udara.
Video yang menunjukkan Daniel mendaratkan pesawat di Lapangan Terbang Subang sebelum ini:
3. Rumah penduduk di Kampung Tok Muda bergoncang semasa pesawat terhempas
Penduduk di Kampung Tok Muda, Kapar, menyatakan bahawa mereka mendengar letupan yang kuat menyebabkan rumah mereka bergoncang, sebelum menyedari bahawa sebuah pesawat telah terhempas berdekatan rumah mereka.
Data dari laman penjejak penerbangan FlightRadar24 menunjukkan pesawat telah terbang ke selatan dan membuat pusingan ke kanan menuju barat
Kemudian, pesawat naik ke ketinggian 1,725 kaki dan mengekalkan kelajuan udara sekitar 130 knot (240km/jam).
Seterusnya, pesawat mula kehilangan ketinggian, dengan data terakhir menunjukkan ia mencapai kelajuan menurun vertikal sebanyak 4,096 kaki setiap minit.
Image via flightradar24
Sementara itu, ahli keluarga kedua mangsa telah menyiapkan pengambilan sampel DNA untuk proses pengenalan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah
Waris kedua-dua mangsa tiba di hospital pada kira-kira jam 8 pagi hari ini, 14 Februari, untuk sesi taklimat sebelum bedah siasat.
Image via New Straits Times
Image via New Straits Times
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik