SEISMIK

Viral Video Lelaki Serang Nenek Tua Lepas Kena Sound Selalu Bakar Sampah Belakang Rumah

Lelaki itu dilihat menampar nenek di belakang kepalanya.

Cover ImageCover image via @kekhalid (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.



Baru-baru ini, tular sebuah rakaman yang menunjukkan pergaduhan antara lelaki dan nenek tua di belakang rumah

Dalam satu hantaran di subreddit r/Malaysia pada 28 Januari, seorang pengguna mendakwa neneknya diserang seorang jiran yang mengendalikan tapak glamping di Tanjung Kling, Melaka.

"Nenek saya yang hampir berusia 80 tahun dipukul jiran selepas dia menegur mereka kerana membakar sampah terbuka di belakang rumahnya," kata pengguna tersebut.

Pengguna tersebut mendakwa pengendali tapak glamping melakukan pembakaran terbuka secara berkala dan asap yang dihasilkan telah memberi kesan buruk kepada kesihatan neneknya.

"Walaupun kami telah cuba berkomunikasi secara beradab, tetapi masih tidak berguna kerana mereka terus melakukannya," katanya.

Pihak keluarganya telah melaporkan isu tersebut kepada majlis tempatan sehinggakan tapak glamping telah pun menerima surat amaran namun masih diabaikan

Sekali lagi kejadian itu berlaku apabila neneknya menegur lelaki tersebut sehinggakan mereka terlibat dalam pergelutan. 

Menerusi video yang tular, dapat dilihat seorang lelaki meluru ke arah nenek itu dan menamparnya berulang kali. 

Nenek tersebut dilihat cuba melarikan diri tetapi lelaki itu tidak berhenti dan terus menampar nenek itu sehingga jatuh ke lantai. 

Susulan tularnya kejadian itu, pihak tapak glamping tampil memberikan penjelasan

The Baruh Glamping tampil mengakui bahawa nenek itu merupakan jiran mereka. Jiran tersebut telah menuduh mereka mencemari kawasan di sekitar tapak glamping selama bertahun-tahun.

Pengendali tapak glamping juga mendakwa bahawa nenek tersebut telah bertindak menyerang salah satu pekerja mereka terlebih dahulu.

Setakat ini, kedua-dua pihak telah pun membuat laporan kepada polis.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: