Bawa Kek Tapak Kuda Dari Malaysia Bagi Korean Makan, Tapi Reaksi Rakan Pula Jadi Perhatian
Amboi, bertambah ya orang Korea makan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sekarang ini memang musim ramai orang membeli kek tapak kuda
Ramai yang berkongsi di media sosial mengenai kek tapak kuda. Malah, di mana-mana pun kita boleh lihat ada peniaga menjual makanan viral ini.
Namun, lain pula dengan seorang lelaki ini yang menerbangkan khas kek tapak kuda dari Malaysia ke Korea Selatan untuk memberi rakan pejabatnya untuk merasai.
Image via @fikriakram91 (TikTok)
Rakan Korea approve, cakap sedap
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi reaksi rakan-rakan pejabatnya di Korea Selatan untuk mencuba kek tapak kuda yang dibawanya.
Dapat dilihat, setiap orang mempunyai reaksi mereka sendiri selepas mencuba makanan viral itu. Rata-rata mereka dilihat suka akan hidangan tersebut.
Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah di akhir video, rakannya itu dilihat sehingga menjilat jari kerana keenakan makanan tersebut.
"Aku duduk Malaysia pun tak makan lagi kek tapak kuda ni" – Netizen
Sementara, itu tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihatnya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 937.7K views, 67.6K likes dan 954 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @fikriakram91 (TikTok)
Image via @fikriakram91 (TikTok)
Image via @fikriakram91 (TikTok)
Image via @fikriakram91 (TikTok)
Image via @fikriakram91 (TikTok)
Image via @fikriakram91 (TikTok)
Image via @fikriakram91 (TikTok)
Lihat video itu di bawah:
Sampai menjilat jari ya dia makan, sedap sangatlah tu 😛
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik