Uncategorized

"Saya Mohon Maaf & Harap Boikot Terhadap Kami Boleh Dihentikan" – Pengasas KK Mart

Menurutnya, insiden yang berlaku ini bukan saja menjejaskan perniagaannya, malah mengganggu emosinya.

Cover ImageCover image via Harian Metro (YouTube)

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

"Saya sendiri tidak boleh terima penjualan stoking terdapat kalimah Allah apatah lagi mahu mencetak produk berkenaan" – Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Mart, Datuk Seri Dr KK Chai

Menerusi laporan Harian Metro, sepanjang tempoh 23 tahun mengusahakan perniagaan terbabit, pihaknya tidak pernah melakukan kesilapan seumpama itu.

"Sebagai Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan, saya begitu menyesal dan memohon maaf atas perkara yang berlaku beberapa hari lalu (penjualan stoking kalimah Allah).

"Saya ambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada netizen yang menularkan perkara itu supaya kami dapat mengambil tindakan secepat mungkin," katanya pada sidang media di Menara KK, Bandar Tasik Selatan baru-baru ini.

Turut hadir, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan dan penyanyi rap sensasi, Caprice.

Chai (tengah) bersama-sama Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan (kiri) dan penyanyi rap sensasi, Caprice (kanan).

Image via googleapis.com

Hasil pemeriksaan dilakukan di kesemua 800 cawangan KK Mart di seluruh negara mendapati hanya tiga premis yang terdapat stoking terbabit

Sebagai ahli perniagaan di negara yang berbilang kaum dan agama, beliau sudah cukup arif mengenai sensitiviti masyarakat.

"Sebaik isu ini tular di media sosial pada 13 Mac lalu, kami ambil langkah segera dengan memohon maaf di platform media sosial selepas dua jam mengetahui perkara berkenaan.

"Kita tidak mahu hanya memberikan alasan tetapi juga mengambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku termasuk segera tampil membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi mengenai perkara ini pada Khamis lalu kerana mahu terangkan insiden ini dan memberi kerjasama kepada pihak polis.

"Pada masa sama, kami juga ada hantar surat penerangan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar serta pihak agama lain berhubung isu ini," katanya.

Menurutnya, insiden yang berlaku ini bukan saja menjejaskan perniagaannya, malah mengganggu emosinya.

"Dalam tempoh tiga hari ini, saya tidur kurang 10 jam. Saya betul-betul marah dengan pembekal dan mempertikaikan macam mana perkara ini boleh berlaku.

"Namun, saya tidak mahu memberi alasan dan mengakui kami perlu bertanggungjawab dengan apa yang terjadi," katanya.

Chai (dua dari kiri) dan pemilik Syarikat Xin Jiang Chang Sdn Bhd, Soh Chin Huat (kiri) menunjukkan guni yang mana stoking disimpan.

Image via hmetro.com.my

Mengulas mengenai keberadaan stoking berkenaan di KK Mart, beliau berkata, produk itu disediakan oleh pembekal menerusi sistem sewaan tempat dalam premis kedai serbaneka terbabit.

"Pembekal ini diberi tempat dalam kedai serbaneka kami untuk menjual produk yang prosesnya dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat berkenaan tanpa pemantauan daripada pekerja kami.

"Di sini kelompongan sistem kami yang menyerahkan sepenuhnya kepada pembekal dan selepas ini kami akan baik pulih prosedur operasi standard (SOP) berkenaan," katanya.

Katanya, hasil pemeriksaan dilakukan di kesemua 800 cawangan KK Mart di seluruh negara mendapati hanya tiga premis yang terdapat stoking terbabit.

"Kita kesan 14 pasang stoking ada kalimah Allah di tiga cawangan KK Mart termasuk di Bandar Sunway yang tular di media sosial, baru-baru ini.

"Nasib baik stoking berkenaan tiada yang terjual," katanya yang mengakui sudah menghantar tiga surat kepada pembekal untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu.

Beliau yang dilihat menangis dan gagal menahan sebak merayu kepada orang ramai supaya tidak memboikot KK Mart disebabkan isu terbabit

Chai kelihatan menahan sebak selepas membuat permohonan maaf.

Image via googleapis.com

"Saya harap boikot terhadap KK Mart boleh dihentikan. Saya sedia untuk berjumpa semua pihak bagi menjelaskan perkara ini termasuk Ketua Pemuda Umno (Dr Muhamad Akmal Saleh) yang ada membuat kenyataan (boikot) sebelum ini.

"Kita bertanggungjawab sepenuhnya dalam hal ini dan kita juga minta maaf secara terbuka kepada masyarakat terutama yang beragama Islam.

"Kita tahu betapa marahnya orang ramai terhadap KK Mart. Perkara ini bukan disengajakan kerana tidak mungkin kita ambil langkah yang akan merugikan seperti ini," katanya.

Terdahulu, stoking kalimah Allah yang dijual di KK Mart Bandar Sunway, tular selepas gambar produk berkenaan dimuat naik pengguna di media sosial sejak 13 Mac lalu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Related Article

Read more recent trending stories on SAYS:

You may be interested in: