SEISMIK

Wanita Tak Puas Hati Ibu Hamil Rebut Meja Di Kedai Makan Sebab Mengidam – "Itu Mengada"

Pelik-pelik jelah, tak considerate langsung.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, ibu hamil kadangkala mengidam makanan atau perkara yang pelik

Bukan semua apa yang diidamkan itu akan dapat ditunaikan. Kadangkala kena fikir ikut logik akal juga, jangan sampai perkara itu akan membahayakan atau menyusahkan orang lain. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang wanita kesal dengan perangai salah seorang ibu hamil di restoran telah mencuri tumpuan. 

Wanita itu dan anaknya berada di sebuah kedai roti canai untuk sarapan pagi. Tiba-tiba datang seorang wanita mengandung dan suaminya yang merebut meja wanita itu atas alasan telah lama mengidam. 

Wanita meluahkan rasa berangnya kerana dia dan anaknya sampai lebih awal dan telah pun memesan makanan di kedai tersebut. 

"Tapi tolong jangan mengidam benda pelik-pelik,"

"Isteri dia nak duduk dekat meja yang aku dan anak aku duduk. Tolong jangan merepek sangat" 

"Semua tu atas diri sendiri, tapi sampai hang punya mengidam menyusahkan orang, tak logik tau" katanya.  

"Aku pun pregnant, tapi takde lah mengidam kebulur sampai kena halau orang kat meja. Even nak bagi meja dulu pun aku tolak sambung je beratur" – Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 614K tontonan, 27K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut merupakan komen netizen di TikTok:

Lihat video penuh itu di bawah:

Kot ye pun mengidam, janganlah sampai nak halau orang :'(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: