Ketuk Pintu Berkali-Kali, Penduduk Kampung Ini Dakwa Diganggu Lembaga Hitam Merangkak!
Difahamkan kejadian itu berlaku dekat Kampung Kepis, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular kes gangguan makhluk ghaib di beberapa rumah penduduk di Kuala Pilah
Selepas 10 hari gangguan ketukan misteri di Kampung Kepis, beberapa penduduk mendakwa ternampak makhluk hitam menyerupai manusia, malam tadi.
Wanita yang dikenali sebagai Haslinda mengatakan bahawa dia juga ternampak makhluk itu di luar bahagian dapur.
"Sebelum itu, anak sulung berusia 17 tahun keluar manakala saya hanya bersama seorang lagi anak berada di rumah. Tidak lama kemudian anak sulung menghubungi saya memaklumkan supaya menutup semua pintu dan tingkap kerana ada sebuah rumah yang sudah diganggu.
"Kemudian anak balik bersama kawannya dan menyuruh saya buka pintu dapur. Tiba-tiba kami terdengar bunyi seperti objek jatuh di bahagian hadapan rumah," katanya.
Image via Pendel Studio
Makhluk itu dalam posisi merangkak
Pada awalnya, wanita itu menyangka lembaga itu hanya ilusi. Namun kali kedua melihatnya, lembaga itu menoleh ke arahnya sebelum bangun dan lari ke arah jalan besar.
Tambahan lagi, perkara ini telah terjadi sebanyak empat kali. Rumahnya sering diganggu sehingga ada yang mencakar dinding dan bunyi seolah cuba membuka tingkap kaca.
Sementara itu, penduduk lain Mariam, 67 juga mengaku anaknya sempat bertentang mata dengan lembaga itu selepas pagar rumahnya digoncang.
"Anak saya menyelak langsir dan ternampak 'dia' berdiri di luar rumah. Anak jerit, 'orang mak' sebelum dia bergegas membuka pintu dan keluar, namun mahkluk itu lari ke arah tepi rumah" katanya.
Gangguan lembaga hitam itu membuatkan penduduk kampung tidak dapat tidur malam. Penduduk juga ketakutan sehingga perlu berteman untuk pergi ke tandas.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik