Kena 'Ketuk' Harga Tak Masuk Akal, Lelaki Pesan Hati-Hati Servis Kereta Di Bengkel Luar
Sebelum nak buat baik tanya dan bandingkan dulu harga.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dengan ekonomi yang semakin meningkat pada zaman sekarang, sudah pasti ia memberi sedikit bebanan pada kita
Tambahan lagi dengan pelbagai barang keperluan yang peru dibeli dan dibayar betul tak? Sebab itu ada yang sampai buat dua hingga tiga kerja demi menampung hidup.
Bagi yang mempunyai kenderaan seperti kereta, ia juga sudah pasti memerlukan kos yang banyak. Iyalah, nak kena servis dan jika rosak perlu ditukar lagi beberapa peralatan. Nak pergi ke tempat servis utama mahal pula, jadi pergilah servis di bengkel luar.
Baru-baru ini, tular apabila seorang lelaki berkongsi pengalamannya di 'ketuk' ketika melakukan servis kereta di bengkel luar.
Image via @abgpopia (TikTok)
Nasihat orang ramai agar berhati-hati dan survey harga terlebih dulu
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi pengalaman ketika memilih untuk servis kenderaannya di bengkel luar.
Menurutnya, rakannya itu pergi membawa kereta Myvi miliknya untuk pergi servis di sebuah kedai yang tidak selalu dikunjunginya. Katanya, kebiasaannya jika dia sendiri yang servis, kereta itu akan dibawa ke bengkel kawannya.
Tidak lama kemudian lelaki berkenaan datang ke bengkel tersebut untuk berjumpa rakannya bernama Cumi itu. Dia sekali gus memberitahu pada pekerja di situ bahawa keretanya ini mempunyai masalah enjin mounting.
Namun, dia terkejut dengan harga yang diberitahu oleh pekerja bengkel tersebut yang di luar jangkaannya.
"Dia kata dengan saya kalau OEM harga dia RM600 lebih sekali dengan upah dan kalau original pula berharga RM900 lebih. Sebelum ini saya call Perodua Center sendiri harga baru RM700 lebih.
"Jadi saya tukar minyak auto dan filter sahaja, dia cas saya RM425," katanya.
Malah, dia juga menasihatkan agar jangan tertipu dengan bengkel luar tetapi menurutnya bukan semua bengkel luar begitu kerana ada yang lebih banyak melakukan servis bagus dengan harga berpatutan.
"Patut tanya dulu harga kalau ok baru ngam" – Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pengalaman mereka mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 110.3K views, 5,127 likes dan 460 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @abgpopia (TikTok)
Image via @abgpopia (TikTok)
Image via @abgpopia (TikTok)
Lihat video itu di bawah:
Tak semua bengkel luar macam itu, ada yang memang bagus dan harga berpatutan 😉
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik